• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

MB Bersarapan Di Medan Selera Ajil


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa bersarapan dengan orang ramai, di Medan Selera, Ajil, Hulu Terengganu, pagi ini.

Beliau disambut oleh penduduk setempat yang tidak sabar untuk menjamu selera sambil berbual mesra bersama pemimpin negeri itu.



Peniaga dan pengunjung di Medan Selera Ajil itu  juga kelihatan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri itu.

Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.



Seorang peniaga, Nor Azura Ibrahim,33, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran Menteri Besar dan isteri kerana ini kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat.

"Hanya dalam masa tiga hari, kami buat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,mee goreng dan kuih-muih istimewa sebagai hidangan kepada pemimpin dan mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.

Menteri Besar seterusnya meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengunjungi rumah seorang mualaf, Mohd Hashim Liew Abdullah, 47, yang mempunyai dua anak istimewa menghidap ‘cerebral palsy’ sempena program sehari di DUN Ajil.

Tag: