• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

MB Terengganu 'Gateh' Aplikasi Saranan Gaya Hidup Sihat

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
KUALA TERENGGANU, 19 Julai - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak ketinggalan mengamalkan aktiviti sihat dan beriadah selaras dengan saranan pentadbiran pimpinannya untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Terengganu.

Petang semalam, beliau bersama Kateh Cycling Community melakukan kayuhan santai di sekitar bandaraya Kuala Terengganu.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa,Dr. Azman Ibrahim; Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), Mohd Soud Said serta Pengarah Urus Setia Belia, Sukan & NGO, Nasir Abdul Razak.

Kayuhan sejauh 37 km itu bermula dari Batu Burok melalui Jambatan Pulau Sekati dan pulang semula melalui Jalan Kota Bharu- Kuala Terengganu (KB-KT) merentasi Jambatan Sultan Mahmud.

Berbasikal sememangnya menjadi antara aktiviti riadah utama rakyat Terengganu selain 'kabat' atau mendaki bukit dan berjoging.

Aktiviti berkenaan juga secara tidak langsung memupuk minat remaja untuk menceburi sukan berbasikal secara profesional.

Lebih-lebih lagi dengan kejayaan pasukan negeri, Terengganu Cycling Team (TSG) dan pelumba negara, Azizulhasni Awang di peringkat antarabangsa.

Dalam aktiviti yang itu disertai sekitar 20 penunggang itu, Dr. Samsuri turut menerima jersi rasmi Kateh Cycling Community yang disampaikan Wan Sukairi.


Tag: