![]() |
| Dr Ahmad Samsuri (berdiri) menyampaikan ucapan menyentuh isu media di Majlis Makan Malam Media di Kuala Nerus malam semalam. |
KUALA NERUS, 9 Julai - Pengamal media diajak membetulkan 'Post Truth Democracy' dalam masyarakat supaya mereka membuat keputusan tepat ketika mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dalam sistem demokrasi hari ini undi bagi pengundi berumur 18 tahun sama sahaja jika dibandingkan dengan undi dari seorang menteri besar.
"Undi mereka yang baru berdaftar sebagai pengundi berumur 18 tahun sama nilainya undi saya sebagai seorang menteri besar.
"Oleh kerana itu kita semua berperanan membetulkan maklumat yang salah dalam masyarakat. Tidak mudah untuk tangani masalah ini kerana 'post truth' akan terus berlaku sampai bila-bila," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Media Anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah restoran di sini malam semalam.
Dr Ahmad Samsuri turut melancarkan buku berjudul 'Travelog Umat Yang Dilupakan', sebuah catatan pengembaraan aktivis Yemen Care, Solahuddin Al-Idrus dan Ibadah Korban serta Aqiqah di Kemboja Anjuran KAMI di majlis yang sama.
Dr Ahmad Samsuri turut melancarkan buku berjudul 'Travelog Umat Yang Dilupakan', sebuah catatan pengembaraan aktivis Yemen Care, Solahuddin Al-Idrus dan Ibadah Korban serta Aqiqah di Kemboja Anjuran KAMI di majlis yang sama.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata 'Post Truth Democracy' ialah memberi gambaran yang salah kepada rakyat setiap hari dan disokong dengan fakta walaupun ada kumpulan yang lebih berkelayakan menafikan fakta itu.
"Tetapi oleh kerana ia diulang hari-hari, rakyat tidak mampu untuk melawan luasnya penyebaran maklumat yang tidak betul (fitnah) dalam masyarakat.
"Selepas diulang setiap hari perkara yang tidak betul seolah-olah menjadi betul maka rakyat membuat keputusan yang salah akibat 'post truth' ini dalam pilihan raya.
"Inilah suasana yang kita hadapi hari ini yang menjadi cabaran besar kepada semua pengamal media sama ada idependen (bebas) atau mainstream (arus perdana)," ujarnya.
