• 07 Dis 2021 | 2 Jamadil Awal 1443

Menteri Hal Ehwal Agama Kunjungi KODIM

BESUT, 5 Mac- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkesempatan berkunjung  ke Kompleks Pendidikan Dakwah dan Islamiah Malaysia (KODIM), Besut, baru-baru ini.

KODIM kini mempunyai seramai 130 orang pelajar lelaki.

Beliau terlebih dahulu menyempurnakan solat jumaat di Masjid Kampung Padang Luas sebelum memulakan sesi lawatan kerja ke KODIM.

Katanya, pihaknya akan cuba meneliti serta berusaha mencari bantuan mengikut kemampuan bagi perkembangan pendidikan KODIM.

Beliau juga melahirkan rasa seronok dapat melihat perkembangan terkini kompleks pendidikan yang berteraskan islam itu.

Beliau juga sempat berpesan kepada para pelajar agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Anak-anak, belajar betul-betul jangan main-main jadilah manusia yang paling hebat," ujarnya.


Tag: