• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Merdeka ; Umat Masih Tidak Bebas Laksana Syariah

Ustaz Satiful Bahri Mamat.
KUALA TERENGGANU - Umat Islam di negara ini  masih tidak bebas mengamalkan syariat, walaupun telah merdeka selama 60 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Penyelidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, secara umumnya rakyat Malaysia hanya bebas dari segi fizikal tapi spiritual masih terkongkong.

“Kemerdekaan total yang sebenarnya adalah kita memerdekakan diri kita dalam pengabdian kepada Allah.

“Jadi, dalam hal ini  kita bebas melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah dan juga dalam meninggalkan apa  yang  menjadi tegahan serta larangannya,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan I Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu  berkata demikian ketika ditemui pihak media semalam di Wisma Darul Iman pada Rabu, 29 Ogos.

Walaupun telah  merdeka sekian lama, wanita Islam tidak diberi pilihan yang sewajarnya untuk memelihara kehormatan diri.

“Umat Islam masih lagi tidak bebas  untuk memilih peraturan syariat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

“Di sana masih ada keterbatasan dan halangan yang umat Islam perlu perjuangkan bagi menuntut kemerdekaan  yang hakiki,” ujarnya.

Katanya, walaupun berbeza ideologi, selaku rakyat Malaysia, kita semua mewarisi perjuangan dan sejarah yang sama.

“PAS sendiri turut sama di dalam perjuangan untuk menuntut  kemerdekaan Malaysia kita cintai ini.

“Semua orang perlu mengambil ruang untuk berkhidmat serta menabur bakti bagi kemenangan  dan kemerdekaan hakiki,” jelasnya.







Tag: