lightning-solid
Berita :
Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Ajil Himpunkan Pelbagai Agensi Demi Kemudahan Rakyat
Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Ajil Himpunkan Pelbagai Agensi Demi Kemudahan Rakyat
Noraini Jusoh
28 Jul 26
48

HULU TERENGGANU, 28 Julai – Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu DUN Ajil 2026 yang berlangsung di Dewan Yayasan Salim, Tok Randok menjadi platform menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Antara agensi yang mengambil bahagian termasuk KWSP, PTPTN, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Takaful Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), PERKESO, CelcomDigi serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, kehadiran pelbagai agensi itu membolehkan orang ramai menguruskan pelbagai urusan rasmi, mendapatkan khidmat nasihat serta memperoleh maklumat berkaitan perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah dan pantas menerusi konsep pusat sehenti (one stop centre).

“Inisiatif sebegini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos masyarakat, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap, mesra rakyat dan mudah diakses.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan serta rakan strategik yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program yang memberi manfaat besar kepada rakyat,” ujar Maliaman dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Katanya, program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Tag :

Artikel Berkaitan