• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Mini Karnival Maulidur Rasul Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad

DUNGUN, 1 Oktober - Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam membimbing umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Dato' Satiful Bahri Mamat, berkata pentingnya mengambil pengajaran daripada kisah hidup baginda mulai dari kelahirannya hingga kewafatannya.

"Banyak contoh ikutan yang dapat dijadikan panduan bagi semua individu termasuklah ahli keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat, dan jiran tetangga."

"Mini Karnival Maulidur Rasul ini juga merupakan sebuah tarbiah (pendidikan) untuk kita semua dan merupakan peluang untuk merenung dan memperdalam pemahaman kita tentang nilai-nilai yang diajarkan oleh Rasulullah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka di Taman Rekreasi Limbong, Paka.

Selain itu, beliau juga menekankan bahawa selain merenung sejarah baginda, kita juga perlu memanfaatkan ilmu pengetahuan, sumber kewangan dan tenaga yang kita miliki untuk menggerakkan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

"Ini adalah cara yang baik untuk menghormati warisan beliau dan meneruskan ajaran-ajaran mulia yang telah beliau sampaikan kepada umat Islam," jelasnya lagi.


Tag: