• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Mobile Team PPNT Santuni Peserta eKasih Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 September – Program Lawatan Mobile Team anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) kali ini mengambil kesempatan turun menziarahi tujuh peserta eKasih di sekitar Kuala Terengganu.

Wakil PPNT memaklumkan, para penerima bantuan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Ladang, Wakaf Mempelam dan Bukit Payong menerima bantuan sara hidup, bantuan perubatan, bantuan elaun pekerja cacat dan bantuan pesakit terlantar.

Program berkenaan merupakan aktiviti berkala dengan kerjasama Pejabat Daerah di mana Mobile Team PPNT akan turun ke setiap daerah bagi menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada penerima sumbangan.

Bantuan disumbangkan melalui beberapa agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Sekretariat Tabung Darul Iman (STDI) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk.