• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'Mobile Team' Santuni Penduduk Miskin

KUALA NERUS, 9 Mac – Penduduk miskin di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir terus mendapat perhatian kerajaan negeri di bawah program 'Mobile Team'

Pegawai Penyelaras (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, program ziarah sentiasa diatur pihaknya berpandukan data penerima daripada senarai e-kasih.

"Bentuk sumbangan yang diberikan adalah bantuan sara hidup, persekolahan, kanak-kanak, bantuan am bulanan negeri, dan bantuan modal perniagaan,” katanya selepas dihubungi wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Turut bersama program ini beberapa agensi seperti Pusat Khidmat Masyarakat (DUN) Seberang Takir, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Sementara itu, menurut wakil Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT), Mohd Ridwan Omar, program itu merupakan aktiviti berkala dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus.

"Hari ini kami menyantuni 2 buah keluarga yang mana mereka amat memerlukan.

“Penerima pertama Mohd Afandi sudah diluluskan permohonan dan penerima kedua Mohd Hamiluddin dalam proses meluluskan,” tambahnya lagi.


Tag: