Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
DUNGUN, 1 Mac - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli kecewa kerana permohonan untuk projek pembesaran dua jalan raya utama di Dungun dilengah-lengahkan oleh kerajaan Persekutuan.
Katanya, projek-projek tersebut adalah pembesaran jalan daripada dua lorong menjadi empat lorong dari Tanjung Jara ke Che Lijah dan dari Bukit Bauk ke Kampung Nyior.
"Saya telah meminta penjelasan Menteri Kerja Raya berkenaan status dua projek yang dimohon bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang dihadapi warga Dungun," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Sidang Parlimen baru-baru ini.
Menurutnya, permohonan projek-projek berkenan telah dibuat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) dan JKR Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan.
"Namun masih belum beroleh jawapan sehingga kini, Menteri menyatakan bahawa permohonan-permohonan ini akan diteliti dan dikemukakan kepada agensi pusat,
"Bagi memastikan permohonan ini dipertimbangkan sewajarnya demi kepentingan warga Dungun, saya akan terus menyemak status permohonan tersebut daripada kerajaan dari semasa ke semasa," jelasnya.
Di samping itu, ujarnya lagi, kerja pembaikan permukaan jalan di laluan FT14 dari simpang Bukit Besi hingga sempadan Kemaman yang masih banyak perlu dibaiki dan dipulihkan.
"Di dalam jawapan lisan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslam menyatakan sebanyak RM7.08 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan tersebut tahun ini.