• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

MP Kemaman Serah Sumbangan Buat Kelab India Kemaman

KEMAMAN, 8 Julai - Kelab India Kemaman (KIK) menerima sumbangan barangan dapur dan wang tunai daripada Ahli Parlimen Kemaman.

Che Alias Hamid berkata, langkah itu dibuat bagi meringankan beban golongan terbabit yang terjejas teruk.

"Sebanyak 35 barangan keperluan dan wang tunai diagihkan kepada ahli KIK yang terjejas akibat pandemik.

"Kita mengambil cakna dan prihatin tanpa mengira agama dan bangsa apabila menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan," ujar Ahli Parlimen Kemaman itu ketika ditemui semalam.

Program berlangsung secara pandu lalu berhadapan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kemaman berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak membenarkan sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai pada satu-satu masa.

Turut bersama dalam program tersebut, Setiusaha KIK, Siva Shankar Arunasalam dan pemudah cara dalam program yang ringkas petang semalam.

Beberapa hari yang lalu pihak PKM menerima maklumat berkenaan masyarakat india yang terjejas melalui KIK dan ia telah diluluskan oleh Che Alias.


Tag: