• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

MPKK Tok Dir Muafakat Hadapi Musim Banjir


Oleh : Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU, 16 November -  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dir, Bukit Payung mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membersih dan menambah baik persekitaran kampung bagi menghadali musim tengkujuh.

Penduduk bekerjasama membaik pulih dengan menambun dan membina jalan tar bagi memastikan air tidak bertakung yang akan menyekat laluan apabila tiba musim hujan.

Selain itu, penduduk kampung menebas semak-samun di sekitar jalan kampung bagi melancarkan aliran kederaan terutama apabila bertembung dari dua arah.


Di samping itu, pokok besar yang berisiko tumbang juga ditebang bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku terutama ketika ribut dan angin kencang.

Gotong-royong turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan penduduk kampung .

“Saya bersyukur apabila melihat pagi ini, semua lapisan masyarakat penduduk Kampung Tok Dir turun bergotong royong membersih jalan kampung yang sempit bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengucapkan terima kasih kepada MPKK Tok Dir dengan usaha murni menganjur aktiviti yang turut dibantu warga setempat itu.




Tag: