• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Multaqa Ulama Nusantara Mekanisme Perkukuh Kefahaman Rakyat

KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Multaqa Ulama Nusantara yang kembali diadakan buat kali kedua pada Ahad ini akan menjadi meknisme untuk memperkukuhkan kefahaman dan menyatukan pemikiran rakyat di negeri ini.

Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, program berkenaan akan disajikan dengan pengisian dari mufti yang dijemput khas dari Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan juga Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

Selain turut mengundang, Ahli Majlis Agama Islam Pattani, Ketua Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam dan kemuncak acara akan diserikan dengan Bicara Ummah Ulama Nusantara oleh Pensyarah Agama Islam Universiti Indraprasta PGRI, Jakarta serta Penceramah Indonesia, Dr. Das'ad Latif.

"Multaqa pada kali ini lebih memfokuskan kepada persoalan-persoalan berkaitan akidah, cabarannya dan pelbagai masalah-masalah yang ada pada masa kini, jadi kita cuba mewujudkan suatu perbincangan yang meluas daripada cendekiawan ini.

"Ingin mewujudkan kerjasama dengan seluruh masyarakat supaya dapat maklumat yang tepat mengenai isu yang dibincangkan dan dapat disampaikan kepada semua pihak ataupun seluruh khalayak, maklumlah pada masa sekarang dengan pelbagai isu yang ada dengan adanya ajaran sesat sehingga ada yang mengaku sebagai Imam Mahdi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiara langsung di TV Darul Imam memperomosikan program berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, program berkenaan membuka seluas-luasnya kepada seluruh umat Islam juga terbuka kepada golongan bukan Islam.

"Ramai golongan 'non muslim' juga sebenarnya berminat untuk mendalami Islam cuma hidayahnya belum sampai.

"Secara umumnya penganjuran program adalah secara terbuka, juga yang disenaraikan akan hadir antanta seluruh pegawai, kakitan jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga akan turut serta badan kehakiman syariah dari luar negeri negeri Terengganu.

"Warga-warga pendidik, guru-guru pondok, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar sekolah, dan sudah tentu kepada seluruh masyarakat awam mereka bebas untuk datang bersama-sama melihat untuk menangani pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat hari ini dan diselesaikan secara tuntas,"ujarnya lagi.