• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Nasi Dagang Antara Masakan Istimewa Di Paya Bunga Hotel Terengganu

Mohd Fadzil mempamerkan pelbagai masakan istimewa PB Hotel.
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu kini mempromosikan lebih 100 menu pelbagai jenis masakan popular termasuk nasi dagang istimewa sempena pembukaan hotel tersebut baru-baru ini.  

Nasi dagang itu dikawal pembikinannya oleh seorang cef khas menjadikan rasanya ekslusif  dan sentiasa disebut pengunjung dan penginap hotel tersebut.  

Ketua cef hotel itu,  Mohd Fadzil Ismail,  46, yang sudah berpengalaman selama 30 tahun dalam penyediaan masakan hotel berkata, nasi dagang PB Hotel kini antara masakan popular di kalangan pelanggan hotel itu.
Pelbagai juadah istimewa disediakan oleh PB Hotel menepati cita rasa pelanggannya.
Walaupun ia baru dibuka, masakan itu antara yang popular di hotel berkenaan.  

Kebanyakan makanan di hotel tersebut adalah hasil olahan ketua cef itu termasuk dalam masakan Terengganu,   Barat dan Malaysia.  

Mohd Fadzil menyajikan makanan tersebut untuk dirasai sendiri oleh pemberita dan jurugambar yang dijemput khas sempena memperkenalkan masakan di hotel berkenaan di sini kelmarin.  

Menurut beliau, harga masakan di hotel berkenaan bermula dari RM11 hingga RM60. 

PB Hotel merupakan sebuah hotel patuh syariah milik Kerajaan Terengganu. Ia difahamkan menjadi tumpuan baharu penginapan bagi pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan Bandaraya Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya. 

Tag: