Terengganu Ajak Rakyat Hayati Peristiwa Penting Nuzul Al-Quran
KEMAMAN, 12 Februari – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, menziarahi seorang pesakit buah pinggang tahap lima, Nor Azlan Mohd Ghazali di Kampung Bukit Kuang, Kijal, hari ini bagi melihat sendiri keadaan pesakit dan keluarganya.
Dalam lawatan itu, Razali menyampaikan bantuan keperluan harian serta sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka.
“Saya turut meluangkan masa berbual dengan pesakit dan ahli keluarga untuk memahami lebih lanjut kesulitan yang dihadapi, terutama kos rawatan dialisis yang tinggi.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir dan menyerahkan bantuan khas bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan berterusan.
“Selain itu, proses pembayaran bagi rawatan dialisis pesakit sedang dalam tindakan, dengan permohonan sedang diusahakan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih ADUN Kijal berkenaan.
Razali berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk memohon bantuan sara diri bagi pesakit dan isterinya yang merupakan penjaga utama agar mereka mendapat sokongan yang lebih berterusan.
”Kita akan terus bantu dan pastikan segala urusan berkaitan rawatan dan kebajikan mereka dipermudahkan.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi pusat khidmat DUN Kijal bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Saya mendoakan agar Encik Azlan dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan Semoga diberikan kesembuhan, kekuatan, dan rawatan terbaik," ujarnya.