• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Nasib Pesakit Kronik Dibela - Azbi Salleh

Haji Azbi Salleh (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk.
Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Nasib pesakit-pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus menjadi keutamaan agar terus terbela.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pesakit-pesakit kronik perlu diambil perhatian agar nasib mereka terus terbela kerana ramai di antara mereka yang masih mempunyai tanggungan.

"Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka bagi menjalani kehidupan seharian," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Gong Penaga, kelmarin (23 September).

Seorang penduduk yang diziarahi, Raudhatul Husna sedang menderita akibat ketumbuhan di kepala.

Beliau tinggal bersama ibunya di Kampung Gong Penaga.

Haji Azbi turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Hadir sama ialah Pengerusi MPKK Kampung Gong Penaga, Mohd Amri.

Tag: