• 15 Okt 2024 | 12 Rabiul Akhir 1446

NGO dan Alumni Bekerjasama Bersih Sekolah

Oleh : Aqilla 

Foto: Syafiq 

KUALA TERENGGANU, 5 Mac- Para sukarelawan dan Alumni Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang turun Padang bersama-sama membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut yang dilimpahi dengan banjir lumpur.

Seorang guru swasta, Sakinah Isa, 28,  bersyukur, setelah sekian lama tidak  menjejakkan kaki ke sekolah lama,  akhirnya dapat menyumbang tenaga berganding bahu bersama dengan guru-guru yang lain.

"Di sebalik diuji dengan banjir, terdapat nilai murni semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

"Di masa yang sama dapat membina semula hubungan antara guru dan pelajar, sahabat lama yang sudah lama terpisah serta bersama membantu untuk membersihkan sekolah," jelasnya ketika ditemui pemberita.

Katanya, Pusat Khidmat  Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang turut menyumbang makanan untuk mereka yang terlibat. 

"Sementara, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Warga Cakna telah menyerahkan tiga unit water jet    kepada pihak sekolah untuk memudahkan urusan pembersihan," katanya. 


Tag: