• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terengganu Paling Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught di Terengganu adalah tertinggi dengan 1.31, diikuti Putrajaya, Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Malaysia mencatat penurunan untuk hari kedua berturut-turut.

Pada Sabtu, ia susut ke 1.18 berbanding 1.19, hari sebelumnya.

Ia menyaksikan lima negeri terbabit mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Lapan negeri lain catat kadar antara 1.18 ke 1.10.

Sarawak dan Labuan catat kadar di bawah 1.0, sementara Perlis rekodkan satu kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

 


Tag: