• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Operasi Buang 300 Iklan 'Ah Long'

MARANG, 13 Disember - Lebih 300 iklan tanpa lesen yang ditampal di serata tempat di sekitar Marang ditanggalkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Operasi Menurunkan Iklan, malam semalam.

Jumlah itu sekali gus membuktikan kegiatan berkenaan semakin menjadi-jadi walaupun menyedari tidakan itu menyalahi undang-undang.

Operasi sama turut membuang sepanduk, 'bunting', poster pinjaman wang tidak berlesen di berkenaan.

Inisiatif itu diketuai oleh Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) bersama-sama Penguatkuasa Majlis Daerah Marang, Keselamatan Negeri, Ameerah dan Pemuda.

Pengarah Skuad Amar Negeri, Yusuf Abdul Hadi berkata, operasi itu telah diadakan di kesemua empat buah DUN iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Alur Limbat dan Bukit Payong dengan dibantu oleh Pemuda dan Ameerah.

"Usaha ini adalah ekoran daripada aduan yang diterima daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun di beberapa kawasan di sekitar Marang sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

 

"Ini juga adalah salah satu usaha bagi mengelakkan keterlanjuran masyarakat daripada berterusan menjadi mangsa kepada ceti haram sehingga membahayakan keselamatan diri dan keluarga,"katanya.

Katanya, pesanan kami kepada masyarakat, adalah elakkan daripada pinjama Ah Long bukan sahaja daripada poster dan sepanduk tetapi juga dengan teknik online seperti 'scammer'.

"Di peringkat permulaan kebiasaanya mereka menawarkan dengan taburan janji-janji manis. Semua pihak perlu ambil berat tentang pinjaman ah long kerana boleh menjejaskan masyarakat terutamanya orang susah,"katanya.

Menurutnya lagi terdapat pelbagai agensi dan jabatan yang boleh membantu mereka yang memerlukan seperti tabung usahawan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan, Bantuan Bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan sebagainya.

Seramai 30 orang sukarelawan skuad Amar telah terlibat dalam operasi yang bermula seawal jam 8.00 malam.

 

 


Tag: