• 26 Okt 2020 | 9 Rabiul Awal 1442

Pajak Tanah Bina Kilang Pemprosesan Bijih Besi

 

KUALA TERENGGANU, 28 September- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd. (TMEX)  bersetuju menandatangani perjanjian pajakan tanah industri di Jalan Bukit Anak Dara, Kawasan  Perindustrian Teluk Kalung, Kemaman.

Kawasan seluas 23.114 ekar itu diberi pajakan kepada TMEX dengan tempoh pajakan 30 tahun, berakhir pada 31 Ogos 2050 dengan nilaian pajakan RM10.7 juta

TMEX merupakan sebuah organisasi perniagaan yang didaftarkan sebagai anak syarikat dibawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dengan jumlah pelaburan RM50 juta.

Pengerusi TMEX, Nurkhuzaini  Ab Rahman, berkata pihaknya bersama 'Rakan Strategik' dalam sektor perkilangan industri Petrokimia dan Metal akan membangunkan kilang pemprosesan bijih besi kepada 'Pig Iron' bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Katanya, pada masa sama, berperanan sebagai pembekal bahan bakar utama kepada perusahaan itu iaitu Petrol Coke dan Gas Asli untuk membolehkan proses peleburan dan pencairan besi.

“Dengan pelaksanaan pembangunan ini, pihaknya memberi komitmen sepenuhnya dengan menawarkan sekurang-kurangnya  200 peluang pekerjaan kepada  anak Terengganu, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjanjian Panjakan Tanah antara PMINT dan TMEX di B’Benteng, Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini

.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman.

Wan Adnan berkata, PMINT selaku agensi di bawah kerajaan kegeri yang diberi tanggungjawab membangunkan ekonomi dan pertumbuhan pelaburan di Negeri Terengganu akan memastikan tanah yang diberi pajakan ini dibangunkan sepenuhnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Sebagaimana yang dirancang selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang terbuka untuk menarik pelabur  berusniaga di negeri ini,” katanya.


Tag: