lightning-solid
Berita :
Pakar Sokong Kenyataan Dr. Sam, Federalisme Fiskal Perlu Direformasi
Pakar Sokong Kenyataan Dr. Sam, Federalisme Fiskal Perlu Direformasi
Rohayati Ripin
14 Aug 25
289

KUALA TERENGGANU, 14 Ogos – Sistem federalisme fiskal di Malaysia perlu diberi perhatian serius berikutan wujudnya ketidakseimbangan pembahagian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, tegas Pakar Perlembagaan, Dr. Fathi Yusof.

Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri memikul tanggungjawab besar dalam membangunkan kawasan luar bandar, menyediakan perumahan, prasarana serta membantu golongan petani dan nelayan, sumber pendapatan yang dimiliki amat terhad dan terlalu bergantung kepada kerajaan pusat.

“Kerajaan Persekutuan mengutip sekitar RM250 bilion setahun hasil cukai korporat.

“Sekiranya hanya 10 peratus daripada jumlah itu diagihkan kepada negeri berdasarkan lokasi kutipan.

“Ia mampu mengurangkan ketidakseimbangan dan memberi dorongan kepada negeri untuk memajukan ekonomi masing-masing,” katanya kepada media hari ini menyokong cadangan MB Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar agar Kerajaan Malaysia melaksanakan model federalisme koperatif dan fiskal. 

Jelasnya lagi, cadangan itu tidak akan menjejaskan operasi Kerajaan Persekutuan, sebaliknya membolehkan sebahagian fungsi pembangunan seperti pertanian, pembangunan luar bandar dan prasarana diserahkan kepada kerajaan negeri.

Beliau turut menekankan bahawa prinsip federalisme menuntut kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri tanpa dipengaruhi kepentingan politik.

“Kita perlu mengiktiraf bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi. Kadangkala kerajaan pusat dan kerajaan negeri mungkin ditadbir oleh parti berbeza, namun itu bukan alasan untuk tidak bekerjasama.

“Semua pihak mesti menghormati mandat rakyat dan memastikan kepentingan politik tidak mengatasi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Dalam konteks ini, katanya, isu royalti petroleum juga perlu diselesaikan dengan mematuhi undang-undang dan perjanjian yang telah dipersetujui.

“Negeri-negeri wajar diberikan hak hasil percukaian secara adil agar dapat melaksanakan amanah pembangunan rakyat dengan lebih berkesan,” tegasnya.


Tag :

Artikel Berkaitan