lightning-solid
Berita :
PAS Sedia Ambil Alih Kepimpinan Perikatan Nasional
PAS Sedia Ambil Alih Kepimpinan Perikatan Nasional
Amirul Mohd
18 jam yang lepas
43

MARANG, 2 Januari - Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini memberikan respon berkaitan perkembangan terkini dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan beberapa pemimpin meletakkan jawatan dalam gabungan tersebut.

Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk mengambil alih kepimpinan PN secara menyeluruh dan akan membincangkan perkara tersebut secara lanjut dalam mesyuarat bersama anggota gabungan.

“Kita dah buat keputusan akan ambil alih pimpinan PN, dan kita akan bincang dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Beliau turut menyentuh soal calon kepimpinan dan hala tuju baharu gabungan yang akan ditentukan melalui perbincangan dalam parti dan kalangan anggota komponen. 

“Dalam parti kita ada ramai tokoh dari ahli politik, teknokrat dan pelbagai latar belakang. Kita bincang dalam pasukan,” ujarnya.

Mengulas hubungan dengan parti lain, beliau menjelaskan bahawa hubungan PAS bersama parti komponen seperti BERSATU dan UMNO kekal baik. 

Beliau juga menegaskan agenda utama PAS ialah untuk menyatukan orang Melayu Islam serta merangkul sokongan bukan Islam yang tidak ekstrem, demi perpaduan nasional.

“InsyaAllah, kita nak satukan orang Melayu dengan Islam dan nak satukan orang bukan Islam yang tidak ekstrim. Itu agenda kita,” ujarnya.

Katanya, walaupun beliau dalam keadaan keuzuran, perbincangan akan diteruskan bersama pimpinan dalam menentukan hala tuju politik semasa dan masa depan PN.



Tag :

Artikel Berkaitan