• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pasukan Ragbi Terengganu Tunduk Kepada Johor


Ahmad Razif bersama pasukan ragbi Terengganu yang turut diwakili  Tengku Muhammad Ismail  di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra

Pasukan Ragbi Terengganu terpaksa akur di laman sendiri apabila tumpas dengan Johor 29-32 pada perlawanan akhir di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam.

Terengganu turut diwakili Yang diPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail  Sultan Mizan.

Kejayaan itu membolehkan Johor yang juga naib juara tahun lalu menjulang Piala Agong buat kali kedua selepas pertama kali memenanginya pada tahun 2013.


Juara bertahan, Perak pula berpuas hati sebagai pasukan ketiga terbaik kejohanan selepas menang tipis 16-14 terhadap Kedah pada perlawanan tempat ketiga-keempat sebelum itu

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, diikuti RM10,000 bagi naib juara sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM7,000 dan RM5,000.

Hadiah disampaikan Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-35 anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia yang membuka tirainya pada 29 Julai  lalu di Selangor dan berakhir semalam (26 Ogos) di Terenggganu

Ini merupakan kejohanan tahunan peringkat kebangsaan bagi kategori 15 Sebelah Sepasukan dan dikelolakan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pada edisi kali ini.


Kejohanan Ragbi Piala Agong 15 pemain sepasukan Edisi Ke-35 disertai oleh 11 pasukan negeri (Ahli Gabungan KRM dan Bersekutu) termasuk ATM dan PDRM.

Tag: