• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Patuhi SOP Dan Teruskan Berdoa

BESUT, 8 Oktober- Orang ramai diharap terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 memandangkan angka positif jangkitan wabak itu semakin meningkat.

Pegawai Penyelaras Dewan Udangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad berkata,sebagai rakyat kita perlulah ikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan bersama-sama membendung wabak ini.

"Sebagai umat Islam perlulah sentiasa berdoa, memperbanyakkan solat hajat serta menjaga kebersihan diri setiap masa.

"Antara langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, memakai pelitup muka apabila berada ditempat awam, mengekalkan jarak dari orang lain, dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang disyaki dijangkiti," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah kebajikan di Kampung Gaung, Hulu Besut, baru-baru ini.

Katanya, jika seseorang itu mengalami simptom seperti batuk, sakit tekak dan sebagainya teruslah membuat ujian saringan COVID-19 di hospital berdekatan.


Tag: