• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

PDRM Kekal Hubungan Baik Kerajaan Terengganu

Dr. Samsuri memenangi ujian menembak 'Falling Plate'.

SETIU, 29 Oktober - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut baik aktiviti  yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang memberi ruang membina hubungan antara kerajaan negeri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).



"Hubungan yang baik antara kedua-dua pihak membantu menyelesaikan banyak perkara yang menjadi kepentingan rakyat dan mengekalkan kesejahteraan dalam negeri.

"Kita berharap akan ada lebih banyak aktiviti antara kerajaan negeri dan PDRM samada berbentuk kebajikan atau sebagainya bagi mengeratkan hubungan ini," katanya ketika berucap dalam program Latihan Kemahiran Menembak Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu bersama PDRM di Lapang Sasar Bukit Bidong, Setiu, hari ini.
Menteri besar melakukan tembakan sasaran dalam ujian individu.
Beliau hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman yang turut menyertai ujian menembak yang diadakan.

Dr. Samsuri yang menggunakan pistol semi automatik Walther P99 menyertai ujian 'Falling Plate' berpasukan bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, ACP Fazlisyam Abd Majid dan Supritendan Mohd Faudzi Abd Rahman.

Pasukan beliau mengungguli tempat pertama dalam acara tersebut.

Hadir sama dalam program selama tiga jam tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, exco-exco kerajaan negeri, Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Aidi Ismail, ketua-ketua polis daerah dan kira-kira 100 anggota IPK.
PDRM beri pendedahan terbaik kepada pemimpin tertinggi negeri.






Tag: