• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pejabat YPU Ditutup Sementara Untuk Sanitasi

 

KUALA TERENGGANU, 6 Oktober – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menutup pejabat operasi YPU buat sementara waktu selama tiga hari bermula hari ini untuk sanitasi bagi membendung penyebaran COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata penutupan sementara ini merujuk kepada situasi COVID-19 yang semakin meningkat di Terengganu.

“Untuk itu beberapa program yang telah dirancang oleh YPU akan ditawakufkan buat sementara waktu, manakala program yang boleh dilaksanakan secara dalam talian atau maya akan dilaksanakan seperti biasa.

“Manakala inisiatif "Work From Home" telah dilaksanakan oleh pengurusan YPU dan ini adalah tertakluk kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, pihaknya amat prihatin dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua, sama ada pegawai dan kakitangan YPU mahupun pelanggan-pelanggan yang hadir ke pejabat untuk mendapatkan perkhidmatan atau khidmat nasihat.


Tag: