• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Peka Persekitaran, Elak Tragedi Samun Berulang

HULU TERENGGANU, 27 Mac - Orang ramai diseru agar cakna dan waspada terhadap segala aktiviti di kawasan persekitaran termasuk kediaman bagi mengelakkan jenayah terus berleluasa. 

Pegawai Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, kes taska diceroboh pada 23 Mac lalu patut dijadikan sebagai iktibar oleh semua pihak.

Muhyidin juga menegaskan, aspek keselamatan juga mesti diambil perhatian oleh semua pengusaha premis penjagaan dan asuhan kanak-kanak agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

"Dalam kejadian itu Khatijah Ali dan anaknya diuji dengan kejadian yang tidak diingini apabila taska yang diusahakan mereka dicerobohi oleh seorang penjenayah sehingga mengakibatkan kerugian hampir RM8,000.

"Saya turut merasa kebimbangan terhadap perkara ini apabila kejadian sebegini turut melibatkan nyawa anak kecil, khususnya di premis asuhan kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ketika bersama Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu mengziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Khatijah Ali, dia bersyukur apabila terselamat daripada kejadian itu walaupun berdepan dan bergelut dengan penyamun bersendirian.

“Saya melihat senjata berada di tangan suspek dan suspek turut melepaskan tembakan ketika bergelut.

"Akhirnya, saya akur dengan tindakan suspek tersebut agar menyerahkan wang dan barang kemas walaupun saya merasakan mampu menumpaskan suspek tersebut,” ujarnya.

Ujarnya lagi, suspek sempat memberi isyarat tangan kepada cucunya dengan agar cucunya tidak bersuara jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku

“Saya bersangka baik dengan Allah S.W.T, mungkin dengan ujian tersebut dapat menambahkan lagi keimanan dan kekuatan buat saya,” katanya.

 


Tag: