• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pelajar Positif COVID-19, SMA Sultan Ismail Tutup Sementara

DUNGUN, 8 Oktober - Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail di sini ditutup selama lapan hari bermula 8 sehingga 15 Oktober 2020 berikutan terdapat pelajarnya yang disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan ini bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.

"Terdapat kes positif COVID-19 yang telah disahkan pada 7 Oktober 2020 melibatkan seorang pelajar.

"Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SMA Sultan Ismail mempunyai 71 guru dan 823 pelajar.Sementara itu, seramai 29 pelajar dan lapan guru yang disaring merupakan kontak rapat pelajar berkenaan.


Tag: