• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Pembangkang Cemburu Kejayaan BN



Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional (BN) kerana cemburu dengan perpaduan ahli UMNO.

Katanya, pelancaran projek pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan kemampuan negara menghadapi ekonomi semasa.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, beliau sendiri yang berpeluang menaiki MRT amat bangga kerana sistem pengakutan itu lebih baik dari negara maju.

"Penyediaan kemudahan sistem pengakutan ECRL untuk penduduk pantai timur seperti yang dirancang kerajaan satu lagi kejayaan negara," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita  UMNO Bahagian Besut, hari ini.

Idris berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada tahap lima peratus pada suku tahun pertama tahun ini membuktikan tindakan kerajaan mengurus negara pada landasan betul.

Oleh itu, katanya, ahli UMNO termasuk Puteri jangan mudah termakan hasutan pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO yang kini bersama pakatan pembangkang.

Tag: