• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Pembangunan Untuk Kepentingan Rohani Dan Fizikal Rakyat

KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan pembangunan untuk kepentingan fizikal dan rohani rakyat. 

Pegawai Penyelidik di pejabat Menteri Besar, Kamal Ali berkata, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat dibelanjakan dengan sangat berhemah. 

"Peruntukan yang kita dapat untuk membangunkan DUN Ladang ini dari sudut fizikal antaranya ialah membaiki jalan-jalan yang rosak, membuat jalan-jalan yang baharu, kemudahan-kemudahan longkang dan juga di antaranya ialah membaiki rumah-rumah rakyat yang uzur, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika yang ditemui di  Pejabat MTD DUN, Jalan Panji Alam, dekat sini. 

Menurutnya, pihaknya juga membelanjakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pusat sebaiknya serta untuk berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 serta 2.0. 

" Disamping itu, kita juga membantu rakyat-rakyat yang miskin, walaupun kita tidak boleh membantu semuanya, tapi alhamdulillah kita membantu sekadar mana kemampuan tanpa mengira latar belakang politik dan juga agama," ujarnya. 

Katanya, disamping itu tidak ketinggalan memberi tumpuan dari sudut pembangunan insan yang menjadi satu modal yang sangat penting dalam membina insan, rakyat Negeri Terengganu. 

" Masjid dan surau adalah sangat penting  maka semenjak PAS memerintah Terengganu ini, masjid-masjid dan surau ada kuliah- kuliah yang ditetapkan, ada kuliah-kuliah  mingguan, harian dan kerajaan negeri telah membuat satu perjawatan yang dinamakan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu(DUAT). 

"Disamping itu, tambahnya lagi,  usaha untuk mengembangkan ajaran Islam turut dilakukan dan juga mengajak rakyat supaya mengamalkan agama Islam sesuai dengan negeri yang Maju, Berkat, Sejahtera," katanya.


Tag: