• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pembudayaan Pendidikan Rakyat Sepanjang Hayat Diberi Tumpuan

KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Kerajaan negeri sentiasa memberikan sepenuh tumpuan terhadap pendidikan di kalangan rakyat termasuk kempen pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif yang dilakukan itu akan menjadikan rakyat negeri ini memiliki intelektual serta spiritual yang sejahtera.

"Kita ingin membawa keluar pemikiran rakyat negeri dan negara ini dari (menumpukan) pendidikan rasmi sahaja kepada penekanan pendidikan sepanjang hayat.

"Dengan belajar, berfikir dan membaca akan menjadi praktis kepada otak kita supaya terus aktif, insyaAllah, apa saja usaha yang membawa manfaat kepada rakyat Terengganu akan kita teruskan,"ujarnya menerusi facebook rasminya, hari ini.

Justeru itu, beliau merakamkan ucapan tahniah atas inisiatif Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu (PAKAT) yang telah memastikan pemerkasaan pendidikan di kalangan rakyat itu dapat direalisasikan.

"Kerana telah bertindak menggariskan pelbagai usaha menampung kelompongan pendidikan selepas Kongres Pendidikan Rakyat Terengganu yang lalu,"ujarnya.