• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat

KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (Skuad Amar) peringkat negeri Terengganu dilancarkan malam tadi bagi memperkasakan gerakan dakwah di negeri berkenaan.

Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan, Ridzuan Hashim berkata, penubuhan Skuad Amar dalam skala besar itu diharap dapat mengurangkan gejala tidak bermoral di kalangan masyarakat Terengganu.

"Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), kita harap selepas ini Skuad Amar akan diwujudkan dan diperkasakan di setiap kawasan bagi memastikan gejala maksiat ini tidak berleluasa.

"Berdasarkan pengalaman skuad yang diwujudkan di Marang dan Hulu Terengganu, umumnya kita berjaya sedikit sebanyak mengurangkan gejala maksiat di kalangan masyarakat kawasan tersebut.

"Skuad ini bukan semata-mata untuk menangkap, tetapi kita mendidik masyarakat menimbulkan kesedaran untuk membina generasi muda yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Skuad Amar di Wisma Seri Iman, semalam.

Turut hadir, Ketua DPPNT, Mohd Harun Esa.

Serentak itu, sempena tahun baharu Skuad Amar turut bergerak menyampaikan risalah ke tiga lokasi di kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 80 orang.

 

 


Tag: