• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pemuda Paya Resak, Padang Tanjung Sertai Program Jaulah Di Tasik Kenyir

 

MARANG, 19 September –  Seramai 65 orang pemuda telah mengikuti Program Jaulah di Rumah Bot (housebot)  Tasik Kenyir, Hulu Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Paya Resak dan MPKK Kampung Padang Tanjung.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata,  dia berharap supaya program sebegini akan meneguhkan lagi pemuda-pemuda yang ada dan sentiasa berpegang teguh dalam perjuangan.


 "Selagi mampu, kita akan sentiasa berusaha mengadakan program sebegini supaya kita dapat melihat kebesaran Allah yang telah menciptakan keamanan dengan wujudnya alam yang memberikan kita ketenangan,”katanya..


Program selama 3 hari 2 malam, bermula Khamis lalu  di dua rumah bot itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Mohd Nor.

 


Tag: