• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PEMULIH : Cukai Pelancongan, Perkhidmatan Dikecualikan

PUTRAJAYA, 29 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebagai pendorong kepada sektor pelancongan apabila negara mula beralih kepada Fasa Ketiga Program Pemulihan Negara (PPN) kelak.

"Apabila negara beralih ke Fasa Empat PPN, kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiat semula aktiviti pelancongan," katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini hari ini.

Tambah beliau, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, Kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan.

Muhyiddin juga berkata, oleh kerana sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, kerajaan juga menyediakan bantuan intensif secara 'one off'.

"Sebagai pendorong atau kick-start, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak, bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar," tambahnya.


Tag: