• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pendapatan Nelayan Terjejas Akibat Hakisan Pantai


Ustaz Mohd Shafizi meninjau keadaan hakisan pantai
Oleh: Mohd Helmi

KUALA NERUS- Kejadian hakisan yang berlaku di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus semakin membimbangkan penduduk sekitar sehingga  menjejaskan sumber pencarian hasil laut nelayan di kawasan terbabit.

Bagi memantau keadaan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail turun padang, baru-baru ini bagi meninjau  sejauh mana tahap kehakisan yang berlaku.

Hasil tinjaun itu, Mohd Shafizi memberi keyakinan kepada penduduk setempat bahawa beliau akan bantu sedaya mungkin dengan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.

Sementara itu, seorang wakil penduduk, Mohd Tahar Ali, berkata  dia ada menyuarakan kebimbangan masalah itu kepada pihak berkaitan sebelum ini untuk diambil tindakan sewajarnya.

Katanya, umum mengetahui kejadian hakisan pantai di kawasan itu sudah lama berlaku dan lebih membimbangkan semakin hari semakin teruk sehingga mengakibatkan pelbagai kemudahan rosak.

“Masalah ini dipercayai berpunca daripada projek penambakan laut untuk pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di mana turut mengakibatkan Pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot turut mengalami nasib yang sama.

“Dia berharap pihak berwajib di bawah pimpinan Kerajaan PAS hari ini dapat membela nasib penduduk terutama golongan nelayan tempatan,”katanya


Tag: