• 10 Nov 2024 | 08 Jamadil Awal 1446

Penduduk Dungun Patuh SOP

DUNGUN, 2 Jun - Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh penduduk Dungun melebihi 95 peratus.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pematuhan SOP dengan memakai pelitup muka, pendaftaran melalui MySejahtera ketika memasuki premis, penjarakan sosial dan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer. 

"Kita dapati sepanjang Sekatan Jalan Raya (SJR) semuanya ada borang rentas daerah, surat daripada majikan ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika kunjungan hormat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Dungun yang diketuai Pegawai Koordinatornya, Ab Hamid Ismail ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, di sini kelmarin.

Katanya,  untuk PKP 3.0, MKN menetapkan pergerakan yang dihadkan daripada 8 pagi hingga 8 malam dengan radius 10 kilometer dari kediaman tetapi jika mempunyai urusan penting kebenaran akan diberikan. 

"Jika sekiranya ada urusan penting, urusan bank, contohnya, bank tidak ada di kawasan Bukit Besi, Kuala Jengai dan Jerangau walaupun melebihi 10 kilometer, kita benarkanlah," katanya. 

 
 


Tag: