• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Setiu Diminta Waspada Hadapi Musim Tengkujuh

SETIU, 17 November – Penduduk Setiu diminta berwaspada dan bersiap sedia bagi menghadapi banjir,kerana setiap tahun bermula November hingga Januari kebiasaanya negeri ini akan dilanda Monsun Timur Laut yang menbawa angin kencang serta taburan hujan lebat yang mengakibatkan bencana tersebut turut berlaku di daerah ini.

 Ahli Parlimenya, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, ketika ini hujan telah pun mulai melanda kawasan berkenaan  dan telah memberikan nasihat kepada penduduk di sini agar mengambil langkah-langkah awal sebagai persediaan menghadapinya.

“Kepada penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan rendah atau yang berdekatan tepian sungai, perlulah berhati-hati menjaga ahli keluarga masing-masing. Pantaulah anak-anak supaya tidak bermain air untuk mengelakkan kejadian lemas.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa apabila menerima arahan untuk berpindah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diigini berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di sini, pada hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengharapkan agar bencana berkenaan dapat dihadapi dan ditangani dengan baik dengan jalinan kerjasama  semua pihak dalam memastikan tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini serta sentiasa dalam keadaan bersiap siaga.

“Terima kasih dan selamat bertugas kepada agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam(APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA), Khidmat Malaysia Setiu, Jabatan Amal, Briged Muslimat Setiu , Ameerah Setiu dan kepada semua yang akan terlibat dalam operasi ini," ujarnya lagi.

i ini.


Tag: