• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penduduk Tok Jembal Terjejas PKP Terima Bantuan Kewangan

KUALA NERUS, 28 Februari – Seramai 100 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 menerima Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) PKP 2.0 di semalam.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Mohd Fadhil Wahab berkata, agihan keseluruhan berjumlah RM10,000 itu disalurkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

"Kesemua 19 JPKK sudah mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan ini dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada JPKK Tok Jembal kerana menjadi yang pertama mengagihkan bantuan ini,” katanya ketika ditemuramah selepas penyampaian BERKAT PKP 2.0 di sini semalam.

Menurut beliau lagi, sumbangan tersebut diberi tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Syarifah Mohd Nor, 47, yang mewakili suaminya terharu dengan sumbangan itu berikutan suaminya yang tidak dapat bekerja akibat pelaksanaan PKP 2.0.

"Terima kasih JPKK Tok Jembal kerana memberi sumbangan ini dan terima kasih kerajaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima bantuan, Muhammad Syahiran Adha, 25, berkata dia tidak menyangka terpilih menerima bantuan itu memandangkan umurnya masih muda.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana terpilih. Ini juga membuktikan JPKK tidak melihat faktor umur.

"Walaupun terkesan PKP baru-baru ini, saya fikir kerajaan mesti memilih orang yang lebih berusia daripada saya," katanya.


Tag: