• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Penekanan Agama Mampu Lahirkan Generasi Beriman



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Januari- Kerajaan negeri sangat memberi penekanan terhadap pendidikan agama dalam usaha membangunkan modal insan selaras dengan hasrat melahirkan generasi yang beriman pada masa akan datang.

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata,  pendidikan keagamaan merupakan aspek penting  yang diberi tumpuan oleh kerajaan negeri termasuk memperkasakan sekolah agama dibawah kerajaan negeri.

"Sebab itu kurikulum yang ada pada sekolah kita (kerajaan) ini adalah bersepadu yang diperkuatkan asas pendidikan Islam.

"Yang sangat kekurangan didalam institusi pendidikan arus perdana masa kini," jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika hadir pada program ramah mesra bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di Balairaya Taman Setia Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), semalam.


Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Dalam pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri turut berusaha melaksanakan program demi program yang membawa kebaikan kepada rakyat.

“Disamping merancang dan menguruskan pembangunan samada pembangunan fizikal mahupun kerohanian, tetapi program riadah, aktiviti kemasyarakat dan seumpamanya untuk masyarakat tidak dilupakan " ujarnya.

Tag: