• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pengusaha Bot Penambang Wajar Dibantu


Oleh : Nizam at-Takir

KUALA NERUS – Pendapatan pengusaha bot penambang di Seberang Takir dikatakan dalam keadaan sangat tidak menentu dan perlu dibantu segera supaya dapat meningkatkan ekonomi masing-masing.

Pendapatan yang diperolehi mereka kini hanyalah antara RM15 hingga RM20 sehari dan keadaan ini sangat membebankan kehidupan golongan itu.


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengusaha bot penambang meluahkan kebimbangan dengan situasi semasa itu kepada beliau supaya dapat ditangani.

Dr Khairuddin berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai perlesenan, keperluan tambahan pelampung keselamatan dan bilangan pengunjung yang semakin merosot.

Beliau berkata demikian selepas menikmati sarapan pagi di warung berhampiran Jeti Bot Penambang bersama Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, di sini, pada 27 September.


Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan pegawai-pegawai i-MiTs serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir Pantai.

Tag: