Foto: Facebook Cikgu Awi
HULU TERENGGANU, 13 Disember - Para penggiat industri pelancongan dan perusahaan di daerah Hulu Terengganu khususnya sepanjang jajaran ke Tasik Kenyir diingatkan agar lebih bersedia dalam menerima kehadiran pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd Zawawi Ismail berkata, tidak mustahil pemasaran agenda pelancongan negara itu akan memberi impak dari segi pertambahan pengunjung ke Tasik Kenyir yang sememangnya dikenali sebagai antara destinasi eko- pelancongan dalam negara.
"Saya harap orang-orang kampung bersedia dalam memberi kerjasama kerana pengunjung yang hadir mesti inginkan perkhidmatan terbaik.
"Sewaktu Festival Kenyir baru-baru ini, ada sedikit masalah yang didengari berkaitan penginapan dan beberapa perkara lagi."Saya harap tahun depan ni mungkin lebih bersedia dari segi makan, tempat 'nak' makan perlunya kedai-kedai yang agak bersih. Begitu juga tempat tidur (penginapan)," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan benih ikan sempena IMCT2025 di Sungai Leban, hari ini.

Sebelum itu, beliau hadir ke Pengkalan Gawi merasmikan 'falg off' IMCT 2025 melibatkan kira-kira 200 peserta dalam dan luar negara.
Zawawi turut berterima kasih dengan usaha kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengadakan acara tahunan, IMCT 2025 untuk ekonomi untuk masyarakat tempatan.
"Ia sememangnya menjadi antara faktor yang kita harap daripada kerajaan supaya dapat memperbanyakkan karnival ataupun pesta dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan, sebab dulu di sini hampir sejuta orang 'mari' dalam tempoh setahun.
"Saya yakin tahun depan ni nampak akan ada perubahan besarlah tu nampak yang mana antara faktornya tadilah (TMM2026).

Dalam program hari ini, sebanyak 25 ribu benih ikan dilepaskan merangkumi ikan jenis Lampan (10 ribu), Terbul (10 ribu) dan Baung Sungai (lima ribu).