lightning-solid
Berita :
Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus
Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus
Zahid Mustafar
13 Nov 25
3493

KUALA TERENGGANU, 13 November – Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap khidmat dan sumbangan penjawat awam dalam memacu pentadbiran negeri.

"Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri Terengganu," katanya dalam Ucapan Penggulungan Ke Atas Enakmen Perbekalan 2026 Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang menjadi tonggak kepada kejayaan pentadbiran kerajaan negeri selama ini.

"Dalam menggerakkan negeri ini, tentunya tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam di negeri ini, sama ada kakitangan tetap, kontrak atau ad-hoc, adalah merupakan tulang belakang pentadbiran kerajaan dalam memperolehi segala pencapaian yang saya sebutkan tadi," ujarnya.


Artikel Berkaitan