• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Penjawat Awam Wajib Ikuti Halaqah Sebulan Sekali

KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Penjawat Awam di Terengganu diwajibkan untuk mengikuti Halaqah Darul Iman (HaDI) secara bulanan bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif berbentuk usrah itu akan dilaksanakan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS).

“Halaqah ilmu ini penting dalam mempelbagaikan ilmu dan kemahiran anggota awam kerajaan negeri.

“Kemahiran perlu sentiasa diasah bagi membolehkan perbincangan, komunikasi dan proses membuat keputusan dilakukan atas penilaian agama,” tambah beliau dalam ucapan perasmian HaDI di Dewan Besar Wisma Darul Iman semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja serta barisan EXCO kerajaan ke majlis tersebut. 


Sementara itu, Pengarah i-MITS, Kamaruzaman Abdullah, merangkap ketua panitia HaDI berkata, modul itu akan dilaksanakan pada setiap hari Selasa minggu kedua dalam tempoh satu jam.

“Sebanyak 10 buah kelab di bawah Wisma Darul Iman akan diutamakan bagi sasaran penjawat awam dengan menggunakan beberapa buah buku sebagai kit modul pengajian,” katanya.


Tag: