• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Penyebaran Dakwah Perlu Pelbagai Saluran

DUNGUN, 4 Mac - Penyebaran dakwah perlu menggunakan pelbagai saluran dan bukan hanya tertumpu kepada masjid atau surau sahaja.

Penyelia Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) Parlimen Dungun, Jamaluddin Al-Hafiz Jusoh berkata, pendakwah perlu berkolaborasi bersama agensi luar agar dapat menyampaikan dakwah dengan lebih meluas.

“Kita sebagai pendakwah hendaklah keluar melibatkan diri dengan program bersama kerajaan atau persatuan-persatuan luar agar lebih berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Simposium Daie Amilin Paka di Dewan Besar Darul Bayan.

Katanya, pendakwah perlu menjadi Daie Haraki yang sentiasa nampak perkara yang positif.

“Jadilah seperti Daie Haraki yang mana pengajaran ilmu dakwah itu membawa kepada pemerkasaan jemaah dan memahami denyut nadi perjuangan.

“Dan bukan menjadi Daie yang akhirnya menentang perjuangan Islam,” ujarnya lagi.

Jamaluddin menjelaskan lagi, kerja dakwah ini adalah kerja yang mulia walaupun bergaji kecil ataupun tidak bergaji.

"Bagi orang yang hidupnya buat kerja dakwah ini, tidak taksub kepada nilaian yang orang beri kerana mereka yakin kerja dakwah lebih mencapai matlamat di akhirat kerana mereka meneruskan perjuangan Rasulullah SAW,” ujarnya.


Tag: