• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Penyelaras DUN Seberang Takir Sumbang Vitamin C Kepada 300 Pelajar

KUALA NERUS, 16 Februari - Seramai 300 pelajar dari kalangan keluarga asnaf dan B40 mendapat manfaat Vitamin C yang disumbangkan oleh Penyelaras  Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Md Azmi Mohd berkata, dengan bantuan tersebut, ia dapat membantu mereka menambah imunisasi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi  Pelajaran Malaysia (STPM).

“Terima kasih kepada Penyelaras DUN, Fazil Wahab atas sumbangan tablet Vitamin C kepada 300 orang pelajar bagi persediaan menambah imunisasi pelajar menjelang peperiksaan nanti.

"Ini termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil inisiatif menyumbang peralatan berkaitan menghadapi covid pada hari peperiksaan antaranya “Face Shield," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui, disini hari ini.

Sementara itu, Pengetua Sekolah,  Zainun Awang turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Penyelaras DUN serta komuniti sekitar sekolah dan menzahirkan kebanggaan kerana membantu pengoperasian.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru bagi memghadapi peperiksaan dalam norma baharu nanti”, ujarnya.

Umum mengetahui peperiksaan SPM, SVM, dan STAM akan bermula pada 22 Feb 2021, manakala peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

 

 

 

 


Tag: