Berita :
Peranan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Diperkasa
Peranan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Diperkasa
Rohayati Ripin
12 Mar 26
80

KUALA TERENGGANU, 12 Mac – Barisan pimpinan negeri memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat bagi memastikan segala dasar dan matlamat Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan secara berkesan.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pimpinan negeri juga bertanggungjawab membawa dan mewakili suara serta kepentingan masyarakat setempat dalam setiap perancangan pembangunan.

"Ahli-ahli Majlis juga dituntut untuk sentiasa peka terhadap keperluan dan kepentingan awam. Peranan ini bukan sekadar menghadiri mesyuarat.

"Tetapi membawa idea, pandangan dan cadangan yang bernas kepada PBT masing-masing bagi menambah baik mutu perkhidmatan serta memacu pembangunan kawasan secara lebih tersusun dan berkesan," jelasnya dalam laman sosialnya hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli mesyuarat dalam memastikan amanah diberikan dapat digalas dengan sebaiknya.

Kerjasama erat antara pimpinan negeri, Ahli Majlis dan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus dipertingkatkan.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan