• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Percepat Proses Bina Hospital Pakar Marang

KUALA LUMPUR, 14 September- Kerajaan Persekutuan digesa mempercepat proses membina Hospital Pakar di daerah Marang dan pembesaran Pusat Kesihatan Bukit Tunggal.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, gesaan tersebut dibangkitkan berikutan kapasiti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang berfungsi sebagai nadi utama fasiliti kesihatan  awam Terengganu terlalu sesak.

"Tiada lagi ruang tanah HSNZ untuk diperbesarkan atas faktor geografi kerana dikelilingi oleh bangunan dan laut.

"Begitu juga, Pusat Kesihatan Bukit Tunggal berdepan situasi serupa justeru, saya berharap kerajaan menambah peruntukkan bagi membesarkan pusat kesihatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan kajian separuh penggal (KSP) rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu royalti sejauh manakah tangungjawab Kerajaan Madani untuk melaksanakan reformasi yang dicanang selama ini. 

"Saya memohon barisan kepimpinan Kerajaan Madani pada hari ini bersikap lebih matang dalam berpolitik agar semua pihak tidak dizalimi," katanya.


Tag: