• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Peringkat Kedua TGDT23 Saji Lebih Cabaran

KUALA NERUS, 5 September- Laluan perlumbaan peringkat kedua Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23) bakal memberi cabaran lebih besar kepada pelumba-pelumba yang bersaing hari ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, laluan beralun dan berbukit di pertengahan perlumbaan itu akan mewujudkan lebih banyak drama dan aksi kayuhan oleh para pelumba.

"Kalau ikut laluan perlumbaan peringkat kedua ini, permulaannya adalah laluan landai.

"Tetapi, apabila memasuki daerah Dungun iaitu ke Bukit Besi, akan sedikit berbukit dan beralun.

"Jadi, saya harap segalanya berjalan lancar dan semua pelumba dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan pertingkat kedua di Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan ahli parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Alias Razak yang turut dihadiri ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid.

Ahmad Shahrizal dalam pada itu berharap perlumbaan hari ini berjalan lancar sebagaimana peringkat pertama yang berlangsung semalam.

"Cuma, semalam berlaku kemalangan kecil selepas permulaan iaitu di Alor Tumat, ada melibat sedikit kecederaan tetapi, Alhamdulillah perlumbaan dapat diteruskan

"Untuk perlumbaan kali ini kita melantik 'respon team' yang berpengalaman daripada pihak kerajaan mahupun swasta yang pernah terlibat dalam acara lebih besar seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), jadi ia berjalan lancar," katanya.


Tag: