• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Peristiwa Hari Arafah Simbolik Kepada Kesempurnaan Islam




Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN-  Hari Arafah yang menjadi simbolik kepada kesempurnaan Islam merupakan hari yang bermakna kepada umat islam

Ketua Pemuda PAS kawasan Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi menyatakan hari Arafah juga dikenali hari kesempurnaaan agama islam yang dinyatakan melalui Khutbah Perpisahan dari junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W.

"Ayat yang menyatakan telah sempurnanya agama islam dari surah Al-maidah merupakan ayat yang terakhir.

"Diturunkan pada hari Jumaat dan bertepatan dengan hari Arafah, kerana itu ianya menjadi hari yang istimewa dan agung kepada umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena penghayatan Arafah di Masjid Muhajirin Felda Jerangau, semalam.

“Melalui peristiwa itu maka umat islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha sebagaimana yang difahami merupakan hari raya yang kedua tersebar selepas hari raya Aidilfitri.

"Turunnya ayat ini maka agama islam telah lengkap mencakupi segala perkara, agama islam, agama yang cukup sempurna berbanding agama yang lain yang datangnya dari Zat Allah," Jelasnya.

Menurutnya ialah telah sempurna bukan hanya sekadar dibicarakan tentang ibadah, malahan mencakupi soal ekonomi, pemerintahan, akidah, dan juga menjadi sistem perlembagaan bagi kehidupan manusia.

"Semuanya telah terkandung di dalam Al-Qur'an tugas kita beramal dengannya. Orang islam wajib menunaikan segala aspek yang disuruh Allah," tegasnya.

Menurutnya Hari Arafah yang menjadi rukun kesempurnaan ibadah haji merupakan hari untuk memohon keampunan.

"Bagi mereka yang mengerjakan Ibadah Haji sudah tentu akan dapat melakukan amal ibadah yang baik bertepatan hari Arafah,

"Namun bagi yang tidak mengerjkan haji disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijah," jelasnya
Beliau turut menambah, bahawa Hari Arafah juga mempunyai ibrah dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang diturunkan di padang Arafah kerana telah terpedaya dengan bisikan Iblis.

Kuliah Maghrib penghayatan Arafah itu telah dianjurkan oleh Institutu Modal Insan Sejahtera ( I-MITS) kawasan Dungun bagi menjadikan pengisian kepada Masjid-masjid kerajaan di Sekitar DUN Bukit Besi.

 Turut hadir wakil I-Mits DUN Bukit Besi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat , Hanif Safwan Mansor, Ketua Belia I-MITS, DUN, Fikri Ibrahim, Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Cawangan Tangki Air, Mohd Zali Kassim, serta Setiausaha MPKK cawangan 1, Roslan Jusoh.


Tag: