• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 4 Mei - PERTIMA Trengganu Sdn. Bhd. (PERTIMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Adis telah mengadakan agihan 250 pek bubur lambuk kepada orang ramai.

“Antara tujuan program komuniti ini diadakan adalah untuk mendekatkan PERTIMA dengan masyarakat.

“Kita hendak ‘recall’ semula orang-orang lama yang telah mengenali PERTIMA dan mendekati orang yang baru mengenali kami,” kata Pengurus PERTIMA, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah ketika ditemu bual pemberita.

Program ini merupakan tahun kedua PERTIMA bekerjasama dengan JPKK Kampung Tok Adis bagi menjayakan agihan bubur lambuk. PERTIMA berhasrat untuk menjadikan ia sebagai program tahunan.

“Insya-Allah, kita berhasrat untuk meluaskan lagi jalinan kerjasama dengan JPKK lain dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Batu Buruk bagi program agihan bubur lambuk ini pada masa akan datang,” tambah Syed Mohd Asdi lagi.

Menurut beliau, selain agihan bubur lambuk, PERTIMA telah menganjurkan beberapa program lain seperti program berbuka puasa bersama anak yatim, sumbangan untuk petugas barisan hadapan dan agihan bubur lambuk di stesen RTM.

Kini, PERTIMA sedang mengadakan promosi jualan Combo Aidilfitri di pasaraya Sabasun sehingga 31 Mei 2021 bagi membantu orang ramai mendapatkan produk PERTIMA dengan harga yang berpatutan.